Jumaat, 25 Mac 2011

PERSATUAN PENDUDUK PPR BATU MUDA : dari sudut pandangan Setiausaha pertama (sesi 2009 - 2011)


PPR Batu Muda terletak di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh 51100 Kuala Lumpur. Ianya terdiri dari 7 blok. terdapat sebanyak 2132 unit rumah kediaman.

Hampir keseluruhan warga PPR Batu Muda ini ialah pemindahan dari setingan sekitar Kuala Lumpur utara khasnya yang terlibat dengan projek Lebuhraya DUKE. sebahagian besarnya iaitu terdiri dari hampir keseluruhan 2 blok di sini pemindahan dari Kawasan Perumahan Awam DBKL Seri Terengganu Sentul.

Warga PPR Batu Muda ini mula mendiami PPR Batu Muda bermula pertengahan tahun 2006. Kini PPR Batu Muda telah 90% unit kediamannya didiami oleh bermacam lapisan masyarakat.

Ianya ditadbir urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pengurusan Perumahan (JPP). Yang mana di PPR Batu Muda ini ditempatkan seorang Penyelia Kanan di Pejabat Kecil Perumahan DBKL PPR Batu Muda yang terletak di tingkat bawah Blok A.

Di PPR Batu Muda DBKL telah memberi pengiktirafan yang besar kepada Persatuan Penduduk PR Batu Muda. Ianya satu penghormatan. Persatuan Penduduk PPR Batu Muda sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan agensi kerajaan, khasnya DBKL sendiri. Namun begitu DBKL tidak juga menidakkan kewujudan badan badan bukan kerajaan lain seperti surau, belia dan sebagainya.

Hari ini (27/03/2011) Persatuan Penduduk PPR Batu Muda baru berusia 3 tahun. juga pada tarikh hari ini Persatuan Penduduk PPR Batu Muda akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan nya buat kali yang ke 3. Mesyuarat kali ini akan diadakan pemilihan AJK Induk Persatuan untuk tempoh penggal 2011 - 2012. Memandangkan pindaan Perlembagaan Persatuan masih belum mendapat kelulusan makanya Persatuan terpaksa mengikut Perlembagaan sedia ada, iaitu untuk satu tahun sahaja.


Dalam tempoh hampir 3 tahun aku menjadi Setiausaha banyak pengalaman dapat dipelajari disini. Antaranya sesi kuiri dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia. Kuiri awam ini dijalankan kerana terdapat beberapa aduan palsu dan tuduhan yang dilemparkan kepada Persatuan dan beberapa aduan bersifat peribadi keatas aku. Proses ini belanjutan hampir 1 bulan. Ianya telah memberikan aku satu perspektif pemikiran manusia yang meletakkan kepentingan peribadi melebehi kepentingan umum dalam situasi berpersatuan. Ini amatlah menjengkelkan dan menjijikkan. Natijahnya, sekiranya aduan berikut didapati benar dan berasas pihak ROS akan mengantung dan mungkin mengharamkan sesuatu pertubuhan / persatuan itu. Akhirnya apakah akan jadi kepada masyarakat. Siapakah pula yang akan memperjuangkan hak dan kepetingan masyarakat. Oleh itu saya kira adalah wajar kita menolak individu sebegini dari Persatuan


Berkenaan dengan proses pemilihan kali ini. Umum telah sedia maklum, saya tidak bertanding untuk mengekalkan jawatan dan sebarang jawatan lain dalam Persatuan. Saya kira adalah lebih baik untuk berehat seketika atau mungkin selamanya. Akan tetapi percayalah, jiwa saya masih tetap dengan masyarakat. Saya begitu sebati dengan masyarakat. Hampir 12 tahun sudah lamanya saya berkecimpung dengan persatuan penduduk. Ini mengambil kira sejak dari persatuan penduduk kawasan perumahan lama saya iatu Sri Terengganu Sentul. Banyak nostalgia terpahat di benak memori ini. Pahit maun, suka duka, gembira dan sebagainya.


Menyentuh serba sedikit secara umumnya keseluruhan blok-blok di PPR Batu Muda ini. Secara umumnya keadaan masyarakat PPR Batu Muda ini aman damai. Namun bermacam gejala sosial wujud dan bertapak di sini begitu kukuh. Ianya akan mengakibatkan ikatan kemasyarakatan disini boleh menjadi ampuh. Dari generasi remaja, belia, dewasan dan usia mas bermacam masaalah wujud. Inilah lumrah dalam bermasyarakat. 


Disepanjang bulan Februari 2011 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Tahunan Blok Blok. Semua blok berjaya mengadakan mesyuarat masing masing bairpun ada blok blok tertentu gurauan ahlinya agak keterlaluan ketegangannya. Namun ianya tidaklah berlarutan sehingga mengakibatkan perpecahan ataupun pergaduhan serius. Kesempatan ini aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua blok atas kejayaan mengadakan Mesyuarat Tahunan Blok masing masing.


Akhir sekali diruangan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang saya menjalankan tugas perana dan tanggungjawab seorang Setiausaha. Jasa semuanya amat saya hargai dan sentiasa dalam kenangan. Juga saya memohon maaf atas sebarang kesilapan, terkasar tutur bicara mahupun tindakan kepada sesiapa jua. Semoga ALLAH merahmati kalian semua. 


Makanya, bermula esok 28/03/2011 aku tidak lagi berjawat sebagai Setiausaha dalam Persatuan Penduduk PR Batu Muda. sekian terima kasih. syukran jazilan.

Gambar kenangan sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 2 - 25/07/2010

Tiada ulasan: