Jumaat, 25 Oktober 2013

IKHLAS..


Ya Allah,

Terkadang terasa hati ini terlalu jauh padaMu,
terasa hati ini begitu sukar mendekatimu,
terasa diri ini sukar menggapai rahmatmu,



Ya Allah,
aku amat takut,
takut tidak ikhlas keranaMU,
takut disisiMU aku dipandang hina,
Ya Allah aku takut,
Ibadahku tidak diterimaMu,
Ya Allah aku amat takut,
hitamnya hatiku ini....

harapanku janganlah kau pesongkan hatiku ini, melakukan sesuatu bukan kerana Mu, biarlah diriku dipandang hina oleh manusia, tapi aku tidak mahu diriku dipandang hina olehMu... 

Ya Allah terkadang aku ini putus asa,
aku cuma insan yang lemah Ya Allah,
lemah dalam mempertahankan hatiku,
terkadang aku amat sedih,
amat sedih, terlalu sukar untuk aku mempertahankan cintaMu,
terlalu sukar untuk aku melakukan sesuatu keranaMU,

Mengapa diri ini begini Ya Allah,
apakah aku terlalu banyak melakukan dosa,

Ya Allah aku berpegang dan aku percaya, rahmatMU melebihi murkaMU,

seandainya seorang hambaMU datang dengan dosa sepenuh awan di langit,
engkau tetap mengampuni mereka, engkau tetap mengasihi mereka,

Ya Allah hamba yang hina dan kerdil ini,
merayu agar diri ini sentiasa dalam jalan yang benar,
jalan yang diredhai olehMU,
cambahkanlah perasaan cinta hamba kepadaMU,
Biar hamba hilang sejuta cinta manusia, jangan hamba hilang satu cinta dariMU.....

amin... amin ya rabal alamin.....



Rabu, 23 Oktober 2013

sanah helwah sayangku

Ari ni dah 18 zulhijjah 1434...setahun dah berlalu...masih ingat di ingatan saat ni aku dan arwah zauj menanti kehadiran orang baru dalam hidup kami...zauj sentiasa disisi menemani aku...walau dalam keadaan dia tidak berapa sihat tika itu...tepat jam 4 ptg lahirlah seorang puteri dalam hidup kami..penguat cinta dan kekuatan kami...syukur alhamdulillah...zauj sendiri yg qamat ditelinga puteri kami..kami namakan puteri kami AUNI UMAIRAH...kini hanya tinggal aku dan puteri kami..zauj telah menemui pencipta tika usia puteri kami 2 bulan....selamat hari lahir anakku...semoga jadi anak solehah, cerdik, pandai dan mentaati org tua serta perintah agama...Al Fatihah buat anakku AUNI UMAIRAH dan arwah zauj Muhammad..



Sabtu, 5 Oktober 2013

ingat jangan lupa..





MUHAMMAD BIN MUSA (BABA)
AHAD 20/3/1977
1 RABIUL AKHIR(4) 1397


FAHIMAH BINTI AB HADI (MAMA)
AHAD 5/5/1985
15 SYAABAN (8) 1407



KAU PEMILIK CINTA 
MUHAMMAD & FAHIMAH
SABTU 17/3/1977
21 MUHARAM (1) 1433


RATU HATI, PENGUAT CINTA & PENGUBAT RINDU
AUNI UMAIRAH BINTI MUHAMMAD (HAFIEYAH)
SABTU 3/11/2012
18 ZULHIJJAH (12) 1433



MAMA, BABA, UMAIRAH
KELUARGA KITA..

Khamis, 3 Oktober 2013

Kerana Kau.

Kau la harta paling berharga saat ini dan selamanya...
Kau la penguaat hati dan semangatku tika ujian datang melanda...
Kau la nyawaku untuk terus berpijak dibumi yang nyata...
Kau la pengubat rinduku pada cinta hatiku...
Semoga kau anakku...AUNI UMAIRAH...menjadi anak solehah bijak cerdik...



AUNI UMAIRAH GENAB 11 BULAN ARI NIE...

Rabu, 2 Oktober 2013

Hanya tinggal kenangan


 Ikatan kasih dua hati...
baba & mama
(MUHAMMAD & FAHIMAH)
8/10/11




Saat Lafaz Sakinah
17/12/11 besamaa 21 muharam 1433
hanya dua kali lafaz mama sah menjadi zaujah baba







Bukti cinta dua hati ini, lahir la seorang puteri 
pada 3/11/12. yang diberi nama
AUNI UMAIRAH..


ni auni baru lahir


ni masa umur sebulan


Auni bersama baba...


satu-satu nya gambar kita bertiga..gambar kenangan mama baba auni..
gambar ni masa ulang tahun perkahwinan mama baba yang pertama..
17/12/2012..masa ni mama baru je habis pantang auni...


ni auni 2 bulan lebih...auni membesar bersama mama, tokwan, tok..
dan bersama baba di dalam hati.


auni semakin membesar


sukanyer dapat balik  raya umah baba..
walupon dalam demam tetap ceria 




membesar bersama mama


semakin cerdik..klu baba ada tentu best..
sekarang dah 11 bulan..macam2 kerenah
cerdik nya permata yang baba tinggal...

Bermadu kasih di Bandung..
6 hari 5 malam


Frist time mama naik kapal terbang..



hari ke 2...Trans Studio Bandung


hari ke 3...


hari ke 4...


hari ke 3 Kampung Daun

hari ke 4, Pantai Parangtritis


hari ke 5, Candi Burobudor


hari ke 5, Taman Sari & Kraton Jogjakarta


hari ke 6..dah balik...


SEMUA NI HANYA TINGGAL KENANGAN YANG SENTIASA SEGAR DI MATA HATI...
SEMOGA ABANG AMAN DI SANA...INSYAALAH IMAH AKAN BESARKAN PERMATA YANG ABANG TINGGAL DENGAN DIDIKAN YANG DI TUNTUT OLEH AGAMA...AL-FATIHAH UNTUK ABANG..SEMOGA AMAN DISANA