Sabtu, 17 Disember 2011

~ Permata Untuk Isteri Ku : 17/12/2011 segalanya bermula ~

Assalammualaikum untuk semua dan khasnya buat yang dikasihi adinda ku Fahimah Binti Ab. Hadi. Bermula hari ini 17/12/2011 bersamaan 21 Muharram 1433H hari Sabtu tepat detik jam 14.45 kita telah selamat di ijab kabulkan dengan dua kali lafaz, maka sahlah kanda kini bergelar suami kepada adinda. Lagu ini khas kanda titipkan buat adinda.....


Hari ini bermulalah segalanya, kehidupan baru bagi kita berdua bergelar suami isteri. Menyingkap beberapa bulan yang lalu, tiada sangka dihati kita masing masing untuk kita ke puncak asmara. Namun atas ketentuan NYA Yang Maha Pencipta dan Maha Mengatur segalanya....kita bertemu jodoh dan diijab kabulkan hari ini.

Bermula hari ini kita akan bersama mengharungi apa jua keadaan dalam kehidupan ini. Suka duka, sedih hiba, gembira riang dan tawa segalanya akan kita lalui bersama.Asam garam kehidupan sebagai suami isteri harus ditempuhi bersama dengan penuh kesabaran. Kehidupan ini pastinya penuh cabaran dan rintangan yang kita sendiri tidak pasti dan tidak akan mampu menduganya. Inilah rahsia kehidupan. Ianya ibarat sebuah perjuangan yang memerlukan pengorbanan. 

Tulisan terbaru ini sebagai satu simbolik kenangan indah pada malam pertama kita berdua untuk disingkap suatu hari nanti di usia mendatang. Sebagaimana yang telah kanda nyatakan, hidup ini penuh tidak pasti, namun kita tidak boleh menoleh kebelakang. Kita mesti mara ke hadapan menongkah arus dan segala onak ranjau berduri.

Ingatlah, sedangkan lidah lagikan tergigit apa pula hubungan suami isteri. Hayatilah buang yang keruh ambil yang jernih.....

Kesabaran dan kejujuran amat penting dalam mengharungi kehidupan bahtera rumah tangga ini. Ianya bukan sekadar hanya perlu diungkap dibibir sahaja. Ianya perlu dihayati dan dipraktikan. Sebagai insan pastinya kita tidak mungkin akan terlepas dari melakukan kesilapan.
Namun sebagai insan, kita diberikan oleh ALLAH SWT nafsu, akal dan iman. Gunakanlah akal dan iman itu sebaik mungkin. Bertindak ikut akal dan iman, bukan bertindak melulu mengikut nafsu dan emosi.

Sebagaimana adinda mengharapkan " Rumah Ku Syurga Ku " ; samalah kekanda juga mengharapkan begitu. Sama samalah kita menghadapi dan mengharungi apa jua rintangan yang bakal tiba dihadapan kita dalam meniti perjalanan kehidupan ini.

Bersamalah kita berdoa memohon kehadrat ALLAH SWT agar memberikan kasih sayang dihati kita berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga IA melimpahkan rahmat dan berkat serta rezeki dan nikmat NYA buat kita berdua sehingga ke akhir hayat. kita berdua Kerana sesunguhnya segalanya termaktub di bawah Kekuasaan NYA, apa yang terjadi ini kan tetap terjadi. Sebagaimana firman NYA dalam Al Quran Surah Ar Rum (30) ayat 21, bermaksud 

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat NYA, bahawa IA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan 
NYA di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

Akhir sekali kanda titipkan lagu nostalgia dari filem Anak Ku Sazali karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul Tanya Sama Hati. Terkandung mesej dalam bait lirik lagu itu, apa tanda sayang...kemesraanlah jawapannya. Kalau hilang kemesraan antara kita berdua, maka akan hilanglah sedikit demi sedikit kasih sayang antara kita nanti. Kasih sayang sesuatu yang bersifat baru. Ianya perlu disemai dan dipupuk setiap hari, sebagaimana yang terkandung dalam kisah Saidatina Aishah yang menyingkah betapa romantiknya Baginda Rasullullah SAW sebagai si suami. Biar usia merubah kita, namun jangan benarkan usia merubah kasih sayang antara kita berdua menjadi berkurangan. Biarkan usia menambahkan kasih sayang antara kita berdua hendaknya.

Dalam filem Anak Ku Sazali juga, ianya tersingkap secebis kisah perjalanan membesarkan seoarang anak dengan penuh kasih sayang yang akhirnya memakan diri sendiri....renungilah ia dan fahamilah yang tersirat disebalik apa yang tersurat itu.

Sekian untuk kali ini buat adinda ku yang dikasihi Fahimah Binti Ab. Hadi, Permata Untuk Isteri Ku khas buat mu di malam pertama kita bergelar suami isteri. Terima kasih kerana adinda dan sesiapa juga yang sudi membacanya. Catitan ini sebagai satu nukilan untuk ditatap dihari mendatang sebagai satu kenangan memori kehidupan. Dengan Nama MU Ya ALLAH Yang Maha Agung. Syukur ku ke hadrat MU kerana menemukan aku dengan seseorang yang kini telah bergelar isteri ku. Pendamping hidup ku, teman kehidupan siang dan malam ku. Alhamdulillah....syukran jazilan.


Wassalam.....

Muhammad Bin Musa
Kamar Pengantin
No. 572, Kg. Pajak Song,
Kepala Batas, Seberang Perai Utara
Pulau Pinang

Rabu, 7 Disember 2011

~ khas buat bonda ku yang tercinta Hjh. Aishah Binti Omar : meniti 10 hari anakanda bergelar suami ~


Ke hadapan ibuku
Yang sangat ku cintai
Dengarlah khabar ini
Tentang calon menantu mu

Orangnya sederhana tidak berlebihan

Tapi cergas serta pintar
Dan dia kan membantu mu
Dalam urusan seharian

Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami

Kami telah berjanji akan saling menghormati
Harap ibu kan taburkan beras kunyit
Di depan halaman rumah
Menyambut kepulanagn kami berdua oh ibu ku

Aku menyintainya

Seperti ayah menyintai mu
Dan dia menyintai ku
Seperti kau cintakan ayah

ketika di Danau Toba, Medan Indonesia
assalammualaikum.....untuk kali ini aku dedikasikan coretan ini khas buat insan yang  tiada gantinya di dunia ini iaitu bonda ku yang tercinta " Hjh. Aishah Binti Omar ". Hari ini 07 Disember 2011 bersamaan 11 Muharram 1433H. Bermakna tinggal 10 hari sahaja lagi aku bakal memikul peranan tugas dan tanggungjawab yang besar dalam hidup. Aku akan bergelar sang " suami ".

Insyaallah aku akan memikul amanah ini sebaik mungkin. Sebagai ketua keluarga, khalifah yang memimpin keluarga atau imam yang memimpin keluarganya berjemaah.

Buat tunang atau bakal isteri ku Fahimah Binti Ab. Hadi, inilah hakikat takdir, kita merancang ALLAH SWT jua yang menentukan segalanya. Abang masih ingat  pertama kalinya kita berbual bicara di talian telefon sekitar bulan Mei 2011..segalanya diibaratkan dua orang bisu sedang berkomunikasi.....

Hari ini kau menjadi tunang ku, dan bakal bergelar isteri ku. Bakal mengisi ruang di lubuk hati ku menjadi ratu hidup ku selamanya. Pendamping kehidupan ini dan semoga jodoh kita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan kita bertemu di syurga dengan izin ALLAH SWT.

Terima kasih kerana menerima lamaran dan sudi menjadi suri untuk berkongsi segalanya dalam kehidupan ini kelak.

Terima kasih buat ibu ku yang tercinta atas segala tunjuk ajar, penat lelah, wang ringgit..segalanya dalam membesarkan anakanda yang nakal ini. Jasa mu akan di kenang sehingga ke akhir hayat ini. Tiada dua tiada lainnya...hanya lah satu kau lah ibu ku.

Lagu di atas khas aku titipkan buat bonda ku yang tersayang. Terima kasih kerana ada yang sudi membacanya. Catitan ini sekadar singkapan dihari tua kelak untuk aku mengenang perjalanan hidup yang lepas. Kita sebagai insan akan berubah dimamah usia. Namun jangan benarkan sejarah itu turut berubah. Semoga catitan ini menjadi wadah untuk aku dan isteri menyingkap kisah silam dihari tua kami kelak.........wassalam.


MUHAMMAD BIN MUSA
Kuala Lumpur, Malaysia