Rabu, 20 Julai 2011

.: BINGKISAN CATITAN SEBUAH PERJALANAN ~ UMRAH KU :.

.: BINGKISAN CATITAN SEBUAH PERJALANAN ~ UMRAH KU :.
Episod 1 : Mukadimah

UMRAH : Definasi umrah
dari segi bahasa : Menziarahi tempat yang mulia

dari istilah syarak : Menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tawaf, sa'i dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Umrah dari segi rukunnya ialah sunat. Ianya bukan satu kewajipan bagi setiap muslim. Berbeda dengan ibadah haji, ianya wajib bagi yang berkemampuan, seperti mana yang termaktub di dalam Rukun Islam.

Aku berkesempatan, diberikan ruang dan peluang oleh ALLAH SWT untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun 2007, tanggal 11 Jun hingga 21 Jun, pakej aku ke sana bersama sahabat ku beserta kedua orang tuanya.

di Kawasan Pertempuran Perang Uhud
di Ladang Pertenakan Unta, berdekatan Kota Mekah
Pada nukilan kali ini aku memilih tajuk, berkenaan pengalaman hidup aku yang singkat ini, kesempatan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada aku menunaikan ibadah umrah, selama lebih kurang 21 hari lamanya aku berada di sana. Perjalanan aku ke Tanah Suci menjejaki sirah perjuangan Baginda SAW dalam menyebarkan syiar Islam dan risalah ALLAH SWT. Banyak perkara yang telah aku tempuhi dan pelajari sepanjang aku disana.....

Pada tajuk ini aku memecahkan ianya kepada empat episod, yang pada awalnya aku berhasrat menulis hanya satu tetapi ianya menjadi terlalu panjang. Akhirnya aku mengambil keputusan menjadikan ianya berepisod, seperti berikut :
  • Episod 1 : Mukadimah
  • Episod 2 : Pasca Perjalanan & Sesudah Perjalanan
  • Episod 3 : Perjalanan Ibadah & Menjejaki Peningalan Baginda SAW
  • Episod 4 : Penutup
Biarpun telah hampir empat tahun berlalu, namun segalanya masih segar dalam ingtan aku. Terasa seperti baru semalam aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci, terasa seperti baru semalam aku menziarahi makam pemilik sebenar nama yang ku pinjamkan ini Baginda SAW dan terasa seperti baru sahaja aku mengucupi Baitullah MU, wanginya begitu harum.

Jauh disudut hati, perasaan rindu amat membara untuk aku menjejakkan kaki kesana lagi. Insyaallah seperti mana yang pernah ku doakan ketika disana dahulu mudah mudahan termakbul suatu hari nanti,  untuk aku menjejakkan kaki ku menunaikan ibadah haji bersama ibu ku tercinta dan isteri. (ketika nukilan ini disiapkan aku masih mencari…)

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan dan menyiarkan di blog peribadi aku berkenaan tajuk kali ini. Kerana pada awalnya aku agak khuatir dengan berbagai persepsi yang mungkin akan timbul.

Jauh sekali niat dihati, untuk menunjuk atau bersifat riak kepada sesiapa juga berkenaan  catitan  perjalanan ini. Cuma sekadar untuk catitan hidup kenangan dihari tua serta untuk tatapan mereka mereka dihari mendatang. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dari sifat sifat riak ini.

Aku sekadar ingin berkongsi kisah suka duka pengalaman yang singkat ini, Betapa keindahan dan kebesaran NYA kepada kita. Maaf sekiranya nukilan tajuk yang berepisod ini menganggu situasi sesiapa juga yang membacanya atau mungkin kenalan kepada sesiapa juga yang ada terkaitannya secara langsung atau tidak langsung dalam episod perjalanan ini.

Sekian, wassalam dan terima kasih kerana anda sudi membacanya. Ianya sekadar nukilan yang boleh dikategorikan sebagai “ syok sendiri ” buat aku. Bermulanya nukilan bertajuk BINGKISAN CATITAN SEBUAH PERJALANAN ~ UMRAH. Nantikan sambungannya dalam episod kedua. Insyaallah….

di dalam Masjidil Haram
di perkarangan Masjidil Nabawi Madinah Munawwarah,
di bawah kubah hijau itulah terletaknya Makam Rasullullah SAW

di atas Jabal Rahmah, dibelakang itu ialah Padang Arafah