Rabu, 15 Jun 2011

.: MEMACU HALA TUJU PEMUDA 2011 : dari perspektif pemikiran Pengerusi :.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera serta Salam Hormat Salam 1 Malaysia kepada semua, khasnya warga Belia PPR Batu Muda. Pertama sekali saya menadah tangan mengangkat kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana memberi saya kesempatan untuk terus mencoretkan apa jua pandangan peribadi saya di blog saya ini.

Umum warga PPR Batu Muda mengetahui saya adalah bekas Setiausaha Persatuan Penduduk PPR Batu Muda (2008 – 2011). Pada 27 Mac 2011 yang lepas Persatuan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunanya kali ke 3 dan saya telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatan berkenaan pada mesyuarat kali ini yang diadakan pemilihan AJK Induk Persatuan Penduduk PPR Batu Muda untuk sesi 2011 – 2012.

Selepas dua bulan lebih, saya berehat dari arena kemasyarakatan, atas rasa tanggungjawab sosial selaku Pengerusi Pergerakan Belia PPR Batu Muda atau ringkasnya PEMUDA telah mengadakan mesyuarat AJK PEMUDA buat kali pertama pada tahun ini iaitu pada 07Jun2011 Selasa jam 09.30mlm. di Bilik Operasi Persatuan (D-00-03).

Pergerakan Belia PPR Batu Muda atau ringkasnya PEMUDA merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan yang terdapat di PPR Batu Muda. PEMUDA senantiasa menyokong penuh hasrat dan usaha kerajaan dalam Program Pembangunan Belia Negara.

Di ruang lingkup Kawasan Perumahan Awam PPR Batu Muda, kita menyokong penuh usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) khasnya disamping Persatuan Penduduk PPR Batu Muda serta Surau Al Muhajirin  dan Madrasah Ad Diniah.  

Ramai warga PPR Batu Muda mengetahui saya sebagai Setiausaha Persatuan Penduduk PPR Batu Muda suatu masa dahulu. Tetapi ramai yang tidak mengetahui saya juga merupakan Pengerusi PEMUDA. Perkara ini berlaku kerana di era saya menjadi Setiasuaha Persatuan agak terbatas untuk saya mengetengahkan imej PEMUDA dalam program program yang dianjurkan di PPR Batu Muda. Sebagai Setiausaha saya perlu setia dan usaha kepada Persatuan dan Pengerusi nya.

Dalam hal ini saya amat memohon maaf kepada seluruh warga Belia PPR Batu Muda, khasnya kepada pasukan mantap Ahli Jawatankuasa PEMUDA kerana mereka semua amat memahami akan situasi saya ini. Jasa anda semua amatlah saya hargai.

2011 telah kita tempuhi hampir setengah tahun. Sekarang kita berada dalam bulan Jun 2011. Pada Selasa 07/06/11 yang lalu PEMUDA telah mengadakan Mesyuarat AJK PEMUDA kali ke 3 sesi 2009/2011. Insyaallah dalam tahun 2011 ini kita telah merancang untuk merealisasikan beberapa aktiviti kemasyarakatan khasnya buat warga Belia PPR Batu Muda.


Antara program yang dirancangkan adalah Bowling PPR Batu Muda, lawatan sambil belajar ke Markas TLDM Lumut, Ihya’ Ramadhan 1432H/2011 dan beberapa program lagi yang dalam peringkat kemas kini kertas kerjanya. Apa pun yang penting kerjasama dan komitmen semua warga belia PPR Batu Muda amatlah kami harapkan.

Aktiviti Ramadhan 1431H/2010 - futsal

Program 1 Suara 1 Hati : Warga PPR Batu Muda
Dalam ruangan ini, saya ingin berpesan kepada semua warga belia PPR Batu Muda agar menjauhi daripada dua gejala yang tidak sihat ini, iaitu :
1.    Penagihan Dadah ; dan
2.    Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

Kenapa dan mengapa PEMUDA menekankan akan dua perkara ini. Kerana mengikut pengamatan kami dan daripada sesi dialog dengan beberapa agensi kerajaan, majoriti warga belia hari ini terlibat dengan dua perkara ini dan ini juga telah berlaku di PPR Batu Muda namun ianya masih diperingkat permulaan. PEMUDA mengambil pendekatan ibarat merawat kudis, rawat sebelum ianya menjadi nanah atau busuk.

Mengikut laporan yang kami terima semasa menghadiri Majlis Meja Bulat Belia Kawsan, seawal usia 15 tahun ada belia hari ini telah terlibat dengan penagihan dadah iaitu ganja atau lebih mudah dikenali dengan nama “ dam ” dan seawal usia 14 tahun (perempuan) pernah melakukan hubungan seks secara sukarela sekadar suka-suka.

Dikalangan mereka ini mengibaratkan hubungan seks ini ibarat duduk bersembang dengan rakan rakannya. Rasa teringin, mereka melakukan dimana sahaja yang dirasakan bagi mereka privasi. Malahan ada dikalangan mereka melakukan hubungan seks ini secara beramai ramai.

Semasa saya menjadi Setiausaha Persatuan, ada blok tertentu, Ketua Blok / AJK Blok pernah menjumpai kondom serta seluar dalam dan pakaian dalam wanita bersaiz kecil. Malahan ada unit kosong sering dicerobohi mereka untuk dijadikan “ port ” untuk aktiviti mereka serta juga tempat penagihan najis dadah. Ini menunjukkan penyakit ini telah menular di Kawasan PPR Batu Muda.

Justeru, renungkanlah….dimana salah dan silapnya dan siapakah yang harus dipersalahkan? Bagi kami, PEMUDA perkara ini harus dilihat secara serius dan praktikal serta memerlukan pembabitan semua pihak terutama golongan belia itu sendiri. Sebab itu kami amat berharap anda golongan belia PPR Batu Muda memberi maklum balas kepada kami melalui saluran yang sedia ada, apa aktiviti yang anda minat untuk kami kaji kesesuaiannya untuk dilaksanakan.

Isu ini tidak perlu dipersalahkan sesiapa juga, kerana itu, atas dasar saya sebagai bekas Setiausaha Persatuan, saya melihat isu ini perlu digembelingkan semua pihak, baik pertubuhan politik, surau, persatuan apa juga ianya perlu ditanggani bersama secara serius sebelum ianya menjadi parah. Saya teringat satu ungkapan saya baca suatu ketika dahulu …. “ kalau ingin melihat kepimpinan / masyarakat akan datang lihatlah pada generasi mudanya hari ini ” kata kata Saidina Ali.

Dalam konteks halatuju PEMUDA 2011 ini, kita ingin menanamkan semangat “ sukarela ” kembali dikalangan generasi muda. Khasnya ketika menjayakan aktiviti program perkahwinan jiran. Hari ini majoritinya yang terlibat dengan kerja merewang kenduri perkahwinan adalah dikalangan generasi 40an keatas. Golongan muda atau remaja hanya akan hadir sekiranya ianya melibatkan rumah kenalan rapat mereka sahaja itu pun boleh dikira dengan jari tangan.

Bila kita membicarakan soal kesukarelaan. Ianya perlu dihayati dan diamalkan dengan ikhlas. Ianya bukan diukur dari segulung diploma atau ijazah atau seangkatan dengannya. Ianya dilihat dari pengalaman dan wujud dalam sosio budaya masyarakat secara semula jadi. Sukarela ini bukan hadir kerana atas desakan bidang kerja yang kita lakukan. Sebagai contoh, apabila kita berkerja di sesebuah syarikat dan syarikat berkenaan terlibat dengan kerja amal. Kita akan hadir atas sebab utama kerana arahan majikan kita bukan kerana sukarela. Walaupun kita berstatus pegawai di tempat kerja itu, apabila kita hadir dalam aktiviti kemasyarakatan berkenaan, masyarakat tidak melihat kita sebagai seorang pegawai dan kita dituntut untuk mesra dengan masyarakat.

Saya teringat satu ungkapan Allahyarham Prof. HAMKA berkenaan definasi mayarakat pada sudut pandangan beliau “ mayarakat adalah satu kelompok manusia adanya si capik, si buta, si cerdik pandai, si bodoh, si tua, si muda, si kudung dan bermacam manusia, itulah masyarakat ”. justeru kita perlu merubah identiti kita bila kita berada dalam keadaan sesuatu masyarakat. Tidak perlulah mendabik dada dengan mengeluarkan kata kata “ i dah study perkara ni dulu di U, masyarakat ni kita layan macam ni je….bla..bla.. ”…renung renungkan….dan perjuangan untuk membentuk masyarakat bukanlah mudah, lebih lebih lagi dalam keadaan dipersekitaran masyarakat kelas bawahan atau masyarakat berstatus marhain.

Apa pun itulah perjuangan. Harga sebuah perjuangan bukannya murah dan mudah. Ianya menuntut kesabaran dan perjuangan memerlukan perngorbanan. Besar atau kecil pengorbanan itu ianya berbeda pada setiap perjuangan dan setiap situasinya.


Dalam pada itu juga saya amat menekankan kepada semua AJK PEMUDA malahan diri saya sendiri agar senantiasa menjaga etika supaya tidak memberi kesan yang negatif kepada PEMUDA. lebih lebih lagi dalam soal penagihan dadah. Saya amat memandang isu ini secara serius. Kerana sekiranya kita sebagai AJK PEMUDA terlibat dengan penagihan dadah maka reputasi PEMUDA dimata masyarakat khasnya warga Belia PPR Batu Muda akan terjejas. Malahan agensi kerajaan juga akan melabelkan PEMUDA ini indah khabar dari rupa sahaja.

Akhir sekali diruangan kali ini saya ingin berkongsi kepada semua khasnya Warga Belia PPR Batu Muda yang amat saya hormati dan sayangi berkenaan maksud logo PEMUDA. Ianya seperti berikut : 

Logo PEMUDA





Secara asasnya logo / lambang PEMUDA ini mengandungi dua unsur, iaitu unsur “ ANGIN ” dan “ LAYANG LAYANG ”.

Angin : angin adalah satu unsur alam yang penting dalam kitaran kehidupan. Sebagaimana PEMUDA ianya memberikan satu keseimbangan kepada masyarakat ;

Layang Layang : Layang Layang adalah satu permainan yang boleh dimainkan
oleh setiap lapisan masyarakat dan ianya bersifat universal. Sebagaimana PEMUDA ianya member falsafah PEMUDA yang bersifat global dalam persada mesyarakat setempat ;

Warna :
  • Merah : memberi makna berani. PEMUDA mesti berani dalam keadaan mempertahankan imej dan identiti kendiri ;
  • Biru : memberi makna bersatu. PEMUDA sentiasa bersatu hati, seiya dan sekata dalam semua perkara yang akan dilaksanakan ;
  • Kuning : memberi makna Di Raja. PEMUDA sentiasa mendukung penuh Institusi Raja Raja Melayu serta sebagai Payung Negara dan simbol sebagai Islam Agama Rasmi Malaysia ;
  • Hitam & Putih : pelengkap warna kehidupan. PEMUDA akan menjadi satu pemangkin pembangunan modal insan masyarakat setempat ; 
Maksud :
  • Tiga Buah Layang Layang Yang Terbang Ke Atas : membawa maksud PEMUDA terdiri dari tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India bersatu hati dan searah dalam menuju matlamat hala tuju ; 
  • Segi Empat Tepat : mengambarkan Kawasan Perumahan DBKL PPR Batu Muda sebagai satu komuniti warganya ;
  • PEMUDA : singkatan bagi Pergerakan Pemuda PPR Batu Muda.

Untuk makluman semua yang membacanya dan khasnya buat warga Belia PPR Batu Muda, logo ini telah direkacipta oleh sahabat saya iaitu Sdr. Iman. Beliau merupakan seorang pensyarah Seni Lukis Kreatif di UiTM Shah Alam suatu ketika dahulu dan kini sebagai pelukis / artis profesional di Balai Seni Lukis Negara serta Istana Budaya Kuala Lumpur. Terima kasih yang tiada terhingga dari saya secara peribadi buat Sdr. Iman. Jasa anda amat saya dan PEMUDA hargainya. 

Sebahagian AJK PEMUDA, ketika Majlis Bebuka Puasa 2010

Ketika Program Bersama Penuntut UniKL 2009

Sebahagian AJK PEMUDA ketika Mesyuarat AJK pertama

Timb. Pengerusi PEMUDA bersama Penaung PEMUDA
Serta saya tintakan disini; senarai Ahli Jawatankuasa PEMUDA yang pertama iaitu untuk sesi 2009 – 2011 ini, seperti berikut :

Penaung       :
Y.Bhg. Dato’ Suhaimi Bin Ibrahim
Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil

Penasihat     :           belum membuat lantikan

Pengerusi                : Muhammad Bin Musa
Timb. Pengerusi     : Azmi Bin Ahmad
Naib Pengerusi       : Siti Rahayu Binti Zakaria
Naib Pengerusi       : Ust. Mohd. Azwan Bin Hj. Mohd. Noor

Setiausaha Kehormat       : Badrul Hisham Bin Mohd. Isa
Penolong Setiausaha       : Mohamad Kamal Bin Mohamad Fadili
Bendahari                          : Zulkifli Bin Md. Salleh
Ketua Penerangan           : Rozaimi Bin Yahafi
Ahli Jawatankuasa            :
1.    Mohamad Fahmy Bin Yusoff
2.    Mohamad Hasry Bin Mustafar
3.    Khairul Hakkeky Bin Hashim
4.    Mohd. Zaidi Bin Abd. Majid
5.    Abdul Rahim Bin Kadar Bawa
6.    Noraizah Binti Yahaya
7.    Basharizal Bin Mohd. Basri
8.    Lantikan – masih kosong
9.    Lantikan – masih kosong
10. Lantikan – masih kosong

Pemeriksa Kira Kira
1.    Mohamad Azham Bin Hj. Mohamad Noor
2.    Jayapirahash a/l Selvaretnam
 
Akhir sekali sebagai renungan bersama saya tintakan nukilan sajak Pendeta Za’aba yang berjudul PEDOMAN BELIA sebagai renungan bersama. Secara peribadi saya kira banyak maksud yang tersirat disebalik bait bait sajak ini.

Saya juga memohon maaf kepada sesiapa juga sekiranya nukilan ini menyentuh sensitiviti seseorang. Secara peribadinya saya tidak berniat untuk membuat serangan peribadi kepada sesiapa juga. Namun atas dasar tanggungjawab selaku Pengerusi saya diajar perlu berani melontarkan idea dan memberi teguran kepada sesiapa jua mengikut kesesuaian keadaannya. Saya diajar dalam kepimpinan kita perlu berani mengambil keputusan biarpun ada ketikanya keputusan itu mungkin bersifat kejam / zalim dalam norma kehidupan insan.

Sekian untuk kali ini diruangan blog peribadi saya Merak Kayangan, namun catitan saya kali ini atas kapasiti saya sebagai Pengerusi kepada Pergerakan Belia PPR Batu Muda atau ringkasnya PEMUDA. Sekian terima kasih kerana anda sudi membacanya. 

PEDOMAN BELIA – Pendeta Za’aba

Ingat pesan-ku wahai belia
Jangan berdusta, jangan perdaya
Jangan kikir kasehkan kaya
Jangan boros yang sia-sia

Jangan mengata, jangan mengeji
Jangan aniaya, bengis dan benchi
Jangan takabbur diri di-puji
Jangan sa-kali memungkir janji

Judi dan arak jangan biasa
Luchah dan chabul jangan selesa
Usah bermain ular yang bisa
Lambat bangat-nya dapat binasa

Jangan meminjam, jangan berhutang
Jangan meminta bantu sementang
Bergantong ka-orang hendak-lah pantang
Bebas kehidupan sentiasa tatang

Meminjam jangan meminjamkan jangan
Barang di-pinjam kerap kehilangan
Sahabat peminjam renggang di-tangan
Hutang merosakkan maruah pandangan

Jangan biasakan meminta tolong
Ka-sini tersembah ka-sana terlolong
Ikhtiar sendiri bantut bergulong
Akhir-nya kebolehan lenyap terlelong

Lateh-lah diri sifat merdheka
Daya sendiri sa-genap ketika
Jangan sombongkan asal dan baka
Atau kebolehan adek dan kakak

Bangau yang hitam choba layangkan
Besi yang tawar kilir tajamkan
Waja yang keras padat padukan
Allah kurniai dapat menjayakan

Ingat selalu akan Tuhan-mu
Tuhan pun tentu ingat ‘kan kamu
Jahat dan keji tidak tersemu
Bahaya benchana jauh bertemu

Semua manusia adek-beradek
Semua dunia satu geladek
Bantu-membantu itu-lah didek
Jangan bermusoh, tengking dan herdek

Sakit dan susah walau pun mati
Semua di tanggong bersunggoh hati
Kerana fa’edah orang berketi
Mengorbankan diri itu-lah erti

Sa-baik2 orang ada jahat-nya
Sa-jahat2 orang ada baik-nya
Tidak-lah sa-yogia barang siapa-nya
Menyalahkan orang, tidak diri-nya

Dalam perkara perhubongan negeri
Sangat mustahak bijak bestari
Runding meshuarat ambil dan beri
Jalan muafakat hendak di-chari

Demikian ku-rasa dalam diri-ku
Benarnya tetap dapat di-aku
Banyak yang lain dalam hati-ku
Ku-tunjokkan Hanna simple sa-buku

Sa-lain ini rasa ku-sangka
Tidak-lah sa-yogia aku berbeka
Pintu yang ghaib tidak ku-buka
Kepada Allah harus belaka

Pada-lah itu aku khabari
Ingat-lah semua, muda jauhari
Kira-nya kabul Allah memberi
Diri-mu jadi pemuleh negeri


Sijil Pendaftaran PEMUDA
 
.: sekian untuk kali ini :.