Ahad, 29 Mei 2011

YANG BENAR TETAP BENAR

..berkata benarlah, walaupun sukar
kerna,
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar,
sekali pun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar, sekalipun ada yang 
bersikap hambar


hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar,
ke hutan belukar dan paya terbiar,
ke desa yang pudar dan bandar yang besar


nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota mekar
di akhbar tersiar, juga TV dan radio terpancar,
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang tersandar


cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar,
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar


sajak karangan
Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Dr. MAZA)
250108 KT-KL
disalin dari halaman vii
buku " Mengemudi Bahtera Perubahan Minda "






Perjuangan mencari sebuah kebenaran...terlalu sukar. Kerana tidak semua kita menyukai kebenaran. Namun betapa sukar untuk kebenaran itu, ianya tetap harus diperjuangkan. Tersingkap dalam sirah Baginda SAW, bagaimana sukarnya Baginda membawa obor kebenaran Islam ini ditengah kelompok arab jahiliah diwaktu itu. ITULAH HANRGANYA SEBUAH KEBENARAN.

Carilah kebenaran itu dalam kehidupan ini. Kerana kebenaran itu penting dalam kehidupan. Hidup kita perlu kejujuran, tolak hipokrit atau bermuka muka. 

Hiduplah dengan kejujuran, kerana kejujuran menjanjikan kebahagian dalam kehidupan. Juga kejujuran elemen penting dalam perhubungan. 

......YANG BENAR TETAP BENAR; KEBENARAN DAN KEJUJURAN ASAS DALAM PERHUBUNGAN INSAN DENGAN INSAN SERTA INSAN DENGAN PENCIPTA YANG MAHA AGUNG....

mamat's
Kuala Lumpur