Selasa, 17 Disember 2013

kenangan itu muncul kembali


Alhamdulillah syukur ku kepada Allah S.W.T..kerana masih di beri nafas untuk aku untuk terus mendekatkan diri dengan MU, dan diberi kekuatan dan kesabaran kepada ku  untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak tunggalku AUNI UMAIRAH BINTI MUHAMMAD...satu2nya ubat perindu kepada dia...hari ni 17 desember 2013...kenangan itu muncul kembali..

pada 17 desember 2011 hari bahagia buat aku dengan dia...hari yang mana aku di satukan dengan seorang lelaki yang bergelar suami iaitu MUHAMMAD BIN MUSA...dengan dua kali lafaz sakinah yang di akadkan olah ayahdaku sendiri, aku sah menjadi seorang isteri kepada dia..maka amanah yang ALLAH berikan kepada ayahdaku telah diambil alih oleh suamiku....maka bermulalah kisah baru dalam hidup aku...dari status bujung aku bertukar kepada status berkahwin..


di hari bahagiaku

Alhamdulillah sebulan lepas aku berkahwin aku di bawa bermulan madu di Bandung Indonesia....best nyer dapat p ke negara orang, dan pertama kali  plak tu naik kapal terbang..hehe rinag hatiku....




pada bulan ke tiga aku berkahwin, aku di sahkan mengandung sebulan...pada bulan itu jgk lah ulang tahun kelahiran suami ku yang ke 35 pada 20 mac 2012. kiranya hadiah birthday dia la...dapat melihat air matanya bila doktor sahkan aku mengandung pada tarikh lahir dia tu...hadiah paling bermakna buat dia....



kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujang di tengahari...ujian datang menguji kekuatan dan keiman dalam diri...ujian juga tanda Allah sayangkan hambanya...

Dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda; (yang bermaksud) Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
 Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]




aku sangkakan dia deman biasa, tidak pon demam sebab alahan dari aku mengandung, rupanya tidak..akibat demam yang tak sembuh2 doktor suruh wat rawatan yang lebih lanjut di hospital...di situ segalanya nya berubah...hasil pemeriksaan lanjut, doktor mengesahkan dia mengidap penyakit kenser esophagus (kenser saluran makanan, iaitu sebelum usus)..alhamdulillah atas didikan agama yang di berikan oleh ayahda bondaku secukupnya kepadaku, aku dapat terima ujian dan dugaan ini dengan hati yang reada, kerana ku tahu setiap ujian dan dugaan ada hikmahnya, ..bg yang tidak kuat pasti sesuatu akan terjadi.....ya la kan, mana tidaknya usia perkahwinan baru mencecah lima bulan, di tambah pulak mengandung dua bulan memang cukup berat hendak tanggung bagi siapa yang tidak kuat...


[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.



sebelum aku berkahwin aku berkerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di PJ..selepas berkahwin aku berhenti sebab masa dan tempat jauh dari rumah untuk berulang alik..kerana aku tinggal bersama mertua aku di Batu Caves..aku ada minta kerja tempat lain lepas berkahwin tetapi tidak ada rezeki lagi...mungkin ini sebabnya aku tidak dapat kerja..Allah nak aku jaga suami aku yang sedang sakit ini...Alhamdulillah aku terimanya dengan hati yang reada..aku sentiasa di sisi suami aku setiap masa...aku akan menemani nya melaku pemeriksaan di hospital...aku akan pastikan temujanji aku di klinik ibu mengandung tidak bertemu dengan temujanji suami aku di hospital PPUM...PPUM merupakan rumah kedua aku dan suami sejak dia sakit...Alhamdulillah semasa aku mengandung aku tidak mengelami alahan apa2...sehingga aku terfikir aku ni mengandung ke tidak..kerana aku kuat sangat,,aku kuat segalanya...aku kuat mungkin kerana suami dan anak...tp entah la..

hari berganti hari, bulan berganti bulan...suami aku tidak sembuh juga..pelbagai rawatan dilakukan..rawatan moden dan tradisonal kami cuba...aku pulak semakin sarat mengandungkan zuriat kami...pengikat kasih dan cinta kami berdua...Alhamdulillah pada masa itu aku masih kuat dan sabar menghadapi semua ni..tanpa mengeluh dan rasa kecewa...kerana kutahu Allah ituMaha Mengetahui dengan apa yang terjadi ini...

“Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” [Al-Baqarah 2:286]
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)
hari yang di nanti telah tiba bagi setiap pasangan...aku selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama AUNI UMAIRAH di hospital selayang pada 3 november 2012 pukul 4 petang...syukur Alhamdulillah puteri kami sihat walafiat...semasa aku bersalin, dia tetap disisi aku melihat aku melahirkan zuriat dia,..aku lihat dia gembira, hilang segala kesakitan yang ditangugi dia...syukran jazilan abang menemani sayang melahirkan anak kita...itu la ucapan ku pada dia...dia tersenyum ceria...dia telah mendafkan umairah dia JPN..walaupon dia kurang sihat, dia tetap pergi untuk tunaikan tanggungjawab dia sebagai baba...


AUNI UMAIRAH 

aku terus menjaga suami aku, walaupon aku  dalam pantang bersalin...tipula kalau aku katakan aku kuat sentiasa...ada waktu nya aku lemah selemahnya...aku mula lemah lepas bersalin..semasa aku berpantang nie aku lemah sangat...mana tidak nya dengan keadaan aku berpantang bersalin, tentu la aku pon mahu perhatian sama kan...tp aku gagah juga walau hatiku lemah...aku lemah melihat suamiku yang semakin sakit melawan penyakitnya,,,aku lemah melihat umairah yang kerap sangat mengagis..aku pon tidak tahu mengapa umairah kerap mengagis masa itu, tp yang pasti umairah bukan kena sawan ngagis..mungkin dia ngagis sebab baba dia sakit...hanya Allah yang tahu sebab dia....bila aku sendirian, aku mula mengagis...aku tak sanggup hadapinya lagi..tetapi bila di hadapan orang aku tersenyum menyembunyikan kesedihan aku...aku tak nak semua orang risau...aku taknak keluarga ku dan keluarga mertua ku tahu dalam hatiku...setiap hari aku berdoa kepada NYA..

Ya Allah, YA Rahman, Ya Rahim..kepada Mu aku memohon, Kau sembuhkan la penyakit suami aku ini...ringankan la bebanan yang di tangung dia..panjangkan umur dia, agar kami dapat membesar umairah bersama dan Kau kuatkan hatiku untuk hadapinya dengan hati yang penuh reada...

seminggu sebelum habis pantang, aku pulang ke kampung halaman aku di pulau pinang...bersama dia dan anak kami umairah...ketika itu dia agak sihat, seakan akan sudah sembuh dari sakitnya..jadi dia mahu berehat dan ambik angin kampung sebelum meneruskan rawatan awal tahun hadapan iaitu 2013..ketika di kampung dia ceria dan suka..Alhamdulillah tempon berpantang aku habis juga...apa yang menggembirakan aku, aku habis berpantang tepat tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang PERTAMA...iaitu 17 desember 2012..selamat ulang tahun sayang...terima kasih banyak2 kerana menjadi isteri abang, sanggup susah senang dengan abang, menjaga abang setiap masa sepangjang pernikahan kita....itu la ucapan dia pada aku...dua minggu kami di kampung..nak masuk minggu ke tiga kami dikampung kiranya penghujung 2012 dia sakit kembali...di sebabkan itu kami pulang ke KL untuk membuat rawatan...`

kali ini kerisauan aku bermula...sakit nya lain macam...bicara hatiku ku merasakan sesuatu akan terjadi..entah aku tak taw nak kata macam mana...di sana keadaan nya lemah...ku lihat dia tidak bersemangat..apa pon aku tetap tersenyum di sisi nya..memberi harapan dan kata2 semangat...di sebabkan aku sudah habis berpantang jadi boleh la aku menemani nya di wad...hati mana tidak sedih terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil dan sedang menyusu..sebulan lebih usia umairah masa itu..mujur kakak ipar aku tinggal berdekatan degan rumah mertua...jadi dia la yang menjaga umairah...hanya Allah yang tahu bertapa aku rindu anak aku masa itu..tapi demi tanggunjawab seorang isteri aku terpaksa korban kan rasa rindu aku pada anak aku...aku mahu suami aku cepat sembuh dah boleh pulang kerumah dan membesar anak kami bersama...

setiapa kali solat aku berdoa kepada Allah semoga dia cepat sembuh dan kuat melawan penyakit nya...di sisi nya pon aku berdoa minta dia kuat semangat...aku bisikkan  kata2 semangat dkt dia...taksanggup aku melihat keadaan dia tika itu...aku akan mengagis bila melihat dia tido...aku takkan mengagis tika dia sedar...kerana aku nak dia tahu isterinya ni seorang yang kuat...pernah sedang aku mengagis dia sedar,,dia tanya kenapa mengagis nie..aku menjawab kerana aku rindukan umairah...dia tak kata apa2 melain kan senyum je...sebenarnya aku menipu dia...aku mengagis kerana aku tak sanggup melihat keadaan dia lagi...kalau boleh aku nak dia cepat sembuh dan kembali senyum gembira menghiburkan hati aku...macam awal perkahwinan aku dengan dia...sebenarnya aku dan dia bercinta lepas kawin...jadi kehagan cintan itu masih terasa.

aku tak sanggup lagi...tak sanggup aku melihat keaadan insan yang aku cinta macam itu..lemah sangat.hatiku mula berdoa...Ya Allah.,,jika ini yang terbaik..Kau ringan kan la bebanan yang di tanggung suami aku..kuatkan semangatnya melawan semua ini...sembuhkan penyakit dia..sihatkan dia kembali seperti dulu...semoga kami dapat memdidik umairah menjadi anak solehah bersama2..panjangkan umur nya Ya Allah....Ya Allah jika tidak..aku reada dengan ketentuan mu...aku rela serahkan dia kermbali harta yang kau pinjam kan kepada Mu..kerana ku tahu dengan cara ini maka berakhirnya penderitaan yang ditanggung oleh kami...Aamiin Ya Rabb...

Sesungguhnya aku takut untuk menghadapi detik itu...entah bilakah harinya..jam, minit, saat... Aku tahu, MATI ITU PASTI.. segala2 telah tertulis di lauhul mahfudz Nya.. tiada siapa mampu melawan takdir Allah . Aku juga tahu, kita sebagai manusia adalah sebagai khalifah di bumi Allah dan telah pun kita ketahui bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, di akhirat juga kekal untuk selamanya. Hari silih berganti, bilakah tibanya..fikiran ku melayang jauh membayangkan andai dirinya ini sudah tidak bernafas di bumi Allah .Apa yang terjadi padaku dengan umairah? Bagaimana aku menghadapi detik itu?.

Masa nya tiba juga...pada 3 januari 2013 dia telah menemui pencipta...dia pergi tidak akan kembali...perginya tika usia perkahwina baru setahun dua minggu tiga hari..perginya meniggalkan aku dengan umairah,...umairah tika itu genab 2 bulan usia dia...terlalu kecil tidak mengerti apa2..Allahmdulilah aku reada dan pasrah permergian dia..kerana aku tahu berakhirnya penderiatan yang ditanggung oleh kami..Alhamdulillah aku masih kuat hadapinya...hingga kesaat ini...

kini 17 desember 2013 datang lagi...jika dia masih ada genab la usia perkahwinan kami 2 tahun...tapi hanya tinggal kenangan ja...kenangan yang sentiasa berada dalam hatiku...hanya tinggal aku dgn umairah...umairah sudah berusia setahun 2 minggu  hari ini...semakin cerdik dan bijak umairah sekarang nie...telatahnya menghiburkan hati aku...aku bersyukur aku masih bersabar memdidik umairah...insyaallah aku akan didik dia menjadi anak solehah dengan didikan agama secukupnya,,,insyaallah....kini aku dan umairah tinggal di kepala batas pulau pinang...untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah ini...dia pula hampir setahun meninggalkan kami berdua..3 januari 2014 ini genab setahun permergian dia...terasa macam baru je berlaku semua ni..





Ya Allah kau amponkan segala dosa arwah suami ku, tempatkan dia bersama orang yang beriman..aman kan roh dia disana...aamiin ya rabb...Al - Fatihah buat mu suami ku MUHAMMAD BIN MUSA...




AKU & AUNI UMAIRAH

Selasa, 3 Disember 2013

READA DAN PASRAH




Apakah yang dimaksudkan dengan redha ? Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Tahukah kita ? Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala malah ditinggikan lagi darjat kemuliaan kita. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah bererti kita menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah yakni dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya.

Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah ? Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

Oleh itu, inilah perbezaan antara maksud redha dan maksud pasrah yang mana masih ramai orang yang keliru dan belum mengetahuinya. Hal ini sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah mahupun pandangan yang serong terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk kita bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme sedangkan redha melahirkan sikap optimistisme.






READA ITU IKHLAS
PASRAH ITU MENYERAH

SEMOGA SAYANG AMAN DI SANA...

pantas masa berlalu..sedar tidak sedar sudah hampir setahun abg pergi..umairah pon semakin membesar...sudah setahun  sebulan hari nie...semakin bijak dan cerdik pewaris abg tu..abg terasa macam berlaku semua nie..rindunya pada mu...semoga kau aman disana...dan di ampun kan sega dosa...