Selasa, 3 Disember 2013

READA DAN PASRAH




Apakah yang dimaksudkan dengan redha ? Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Tahukah kita ? Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala malah ditinggikan lagi darjat kemuliaan kita. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah bererti kita menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah yakni dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya.

Ketetapan ini mestilah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapat kenikmatan dan bersabar ketika ditimpa musibah. Pada masa yang sama, kita perlulah berusaha untuk mengubah segala ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. FirmanNya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Apa pula yang dimaksudkan dengan pasrah ? Pasrah sebenarnya mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

Oleh itu, inilah perbezaan antara maksud redha dan maksud pasrah yang mana masih ramai orang yang keliru dan belum mengetahuinya. Hal ini sebenarnya boleh mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah mahupun pandangan yang serong terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk kita bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme sedangkan redha melahirkan sikap optimistisme.






READA ITU IKHLAS
PASRAH ITU MENYERAH

Tiada ulasan: