Ahad, 17 Ogos 2014

duhai hati



Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Sahabatku ,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.

Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.
Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.
Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.
InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.
” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]
La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]
Dan
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.”
-Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah muslim yang paling bahagia!
#BahagiaYangDicari

Sabtu, 16 Ogos 2014

auni dah p sek dah

Alhamdulillah tahun depan Auni Umairah nak masuk sek dah...sekolah sekali mama dia la...TADIKA TAHFIZ AL-ISLAH..Insyaallah semoga Allah permudahkan urusan aku n auni umairah...


Jumaat, 27 Jun 2014

ramadhan tanpa mu...

tahun ni tahun kedua sambut ramadhan dengan auni...tanpa abang disisi...bertapa rindunya....Ya Allah kuatkan aku hadapi ramadhan kali ini....ya Allah dekatkan aku dengan mu..kuatkan iman ku ya Allah...kuatkan kesabaran ku.....

Isnin, 12 Mei 2014

tanpa tajuk...

abang....imah n auni rindu abg..semoga abang tenang disana..

abg auni dah besar,,,sekarang auni dah setahun setangah nya...dah boleh berjalan...gigi pon dah banyak.gigi depan dah ada 8 batang..garham dah tumbuh..dan paling bestnya dia dah boleh cakap sikit2...jadi sekarang dah ada teman bicara...sekarang ni letih layan kerenahnya yang menghibukan hati...p sek pon duk ingat dia...

abg,,,anak abang tu bila p sek dia...pagi tu mesti mengagis...nak balik bawu ok...abang..muncul la dalam mimpi anak abag tu...nasihat dia jangan ngagis bila p sek....imah risau jugak kalau dia kerap nangis nanti cikgu2 dia bosan nak layan dia..nanti abag nasihat dia yer jangan ngagis p sek....jangan menyusahkan orang....biar orang sayang kita...

abang..ari nie mama siti bawa auni p klinik desa..ni kali pertama imah minta tolong mama siti..bawa auni p cucuk untuk setahun setengah...imah p sek..sebab tu imah suruh mama bawa sat...dia tak ngagis pon kena cucuk...sekarang auni tengah tido..badan dia panas sikit...mungkin kesan kena cucuk...tapi imah dah bagi dia makan ubat...insyaallah esok sihat laa....

ok la la nanti imah tulis lagi erk....teringin nak jumpa abang dalam mimpi...

Ahad, 11 Mei 2014

awak...awak...

Awak..awak...awat awak comey sangat...kerenah awak menghiburkan hati saya...awak wat saya rindu selalu dekat awak.. sampai saya nak wat kerja pon ingat dekat awak....awak..saya sayang awak...


Jumaat, 9 Mei 2014

Tika Hati Berbicara



Rindu sangat saat ini.... Bila rindu tidak mampu ditanggung lagi, air mata pasti  membasahi pipiku... Menitis mencurah-curah macam air hujan di luar sana...kalau ditadah boleh penuh timba..Mengalir mutiara jernih ini kala rindu yang bersarang, merimbun ditangkai hati kian merendang...bertapa kumerindui insan2 yang amat aku sayang...rindu sangat2..ku merindui kata2 nasihat..teguran..lawak jenakanya...belayan...pelukkannya..Ya Allah ku rindu mereka..ku rindu arwah mamaku dan arwah suamiku...tiada sapa tahu bicara hatiku satiap saat...melainkan Allah S.W.T dan puteriku...auni umairah...berrpisah dengan mereka membuat diriku terasa sunyi..aku cemburu melihat mereka..kala hatikuku gelisah, resah, gembira, suka...hanya Auni umairah je tempat ku luah...walaupon dia belom tahu apa2..pasti dia mengerti bicara hati mama dia...Ya Allah kuatkan hatiku, Iman ku, Kesabaran ku dalam meneruskan kehidupan ini..dalam membesarkan amanah yang di tinggalkan buatku.....

Selasa, 6 Mei 2014

rindu,,,,

bertapa kurindukan dirimu saat ini....cepatnya berlalu...tp kenagan itu masih berulang2 main di mindaku...rindu dkt abggg.....

Isnin, 5 Mei 2014

sumber kekuatanku...



Kaulah sumber ilhamku....
kaulah sumber kekuatanku....
kaulah penawar bagi diriku....

Sabtu, 1 Februari 2014

TANGISAN DAN SENYUMAN




Tangisan dan senyuman berbeza
Ada waktu ada tikanya
Seringkali kita tertipu
Seringkali terpedaya
Adat dunia yang fana

Usah ditangisi kehilangan
Kematian atau keruntuhan
Kehancuran yang diratapi
Kegemilangan yang dinanti
Takkan kembali tanpa pembelaan
Kejujuran dan keinsafan
Bagai tak kelihatan
Nilaian budi yang hilang

Kekadang hati menangis sepi
Merayu, merintih merindui
Jiwa meronta pinta santapan
Tiada pedoman dan haluan

Wahai insan mukmin yang patuh
Bangkitlah segera dari tidur yang lena
Malam yang sunyi bersihkan diri
Sujud pada Ilahi
Bermunajatlah, bertaubatlah, menangislah

Dunia ini hanya pinjaman
Hanya untuk sementara cuma
Dari Allah kamu datang
Kepada-Nya kamu kembali
Dari itu waspadalah.....



Jumaat, 24 Januari 2014

kerenahnya menghiburkan hati

auni dah leh jalan....alhamdulillah....dah leh jalan semakin bijak n banyak plak akal nya...anak mama bijak....


Jumaat, 17 Januari 2014

rindu

rindunya pada pemilik asal blog nie..setiap hari setiap jam minit dan saat...terasa  macam baru jer berlaku semua nie...terasa kehadiran dia...abang imah rindu abg....rindu sangat2...mcm2 kengangan kita bersama...

Sabtu, 4 Januari 2014

semoga tahun ni lebih bermakna

sudah 4 hari tahun baru 2014...harap tahun ni lebih baik dan bermakna dari tahun lepas...insyaallah... :)..
2013  banyak perkara sedih berlaku, antaranya..aku kehilangan 2 orang dalam ahli keluarga ku.. iaitu suami ku pada awal tahun 2013 iaitu bulan satu dan anak sedara yang baru lahir pada hujung bulan 10..sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan rezeki semua sudah tertulis di lauhul mahfudzh lagi...cuma bila tika waktu nya ALLAH yang tentukan...

sepanjang tahun 2013 aku tidak berkerja kerana sibuk menjaga buah hatiku pengubat rinduku yang masih kecil..puteri aku kerap mengagis dan tidak mau dekat sapa2 kecuali aku, tokwan, tok je...jadi sukar la nak tinggal dekat sapa2...sehingga la dia besar sikit dan pandai main baru nak dekat orang...tu pon itu mood dia la..tp sekarang dah setahun 2 bulan  dah pandai main n berjalan baru nak dekat orang...jadi boleh la aku kerja...

Alhamdulillah pada tahun ni...2014 aku telah berkerja...rezeki aku dan puteriku...aku di terima kerja di sekolah tahfiz al-islah sebagai guru pra sekolah... :) syukur ku pada-Nya..jadi kalau ikut dalam ahli keluargaku, semua anak perempuan Ab Hadi (baba) seramai 5 org semua jadi guru, ikut jejak baba.. :) anak lelaki je tak ikut jejak...sorang jadi usahawan air soya dan seorang jadi akauntan..

bila aku kerja ni puteri aku di hantar ke neseri...alhamdulillah puteri aku suka berkawan...dekat sana ramai kawan2 baru...kalau nak ikutkan la...perangai dia dulu dan sekarang jauh beza...dulu rajin ngagis nak tinggal kejab pon x mau..nak wat kerja rumah pon susah la...tido pon kejab2 jer...tp sekarang dah pandai berkawan n baru nak pandai jalan senang la nak tinggal  wat kerja...tu yang boleh kerja dan hantar ke neseri...

ok la setakat ni coretan merak kayangan kali ni...ada cereta baru leh tulis lagi...harapan ku agar tahun ni lebih baik dari tahun lepas...dan semoga aku di beri kekuatan dan kesabaran dalam meneruskan kehidupan nie....