Ke hadapan ibuku
Yang sangat ku cintai
Dengarlah khabar ini
Tentang calon menantu mu
Orangnya sederhana tidak berlebihan
Tapi cergas serta pintar
Dan dia kan membantu mu
Dalam urusan seharian
Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami
Kami telah berjanji akan saling menghormati
Harap ibu kan taburkan beras kunyit
Di depan halaman rumah
Menyambut kepulanagn kami berdua oh ibu ku
Aku menyintainya
Seperti ayah menyintai mu
Dan dia menyintai ku
Seperti kau cintakan ayah
Yang sangat ku cintai
Dengarlah khabar ini
Tentang calon menantu mu
Orangnya sederhana tidak berlebihan
Tapi cergas serta pintar
Dan dia kan membantu mu
Dalam urusan seharian
Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami
Kami telah berjanji akan saling menghormati
Harap ibu kan taburkan beras kunyit
Di depan halaman rumah
Menyambut kepulanagn kami berdua oh ibu ku
Aku menyintainya
Seperti ayah menyintai mu
Dan dia menyintai ku
Seperti kau cintakan ayah
ketika di Danau Toba, Medan Indonesia |
Insyaallah aku akan memikul amanah ini sebaik mungkin. Sebagai ketua keluarga, khalifah yang memimpin keluarga atau imam yang memimpin keluarganya berjemaah.
Buat tunang atau bakal isteri ku Fahimah Binti Ab. Hadi, inilah hakikat takdir, kita merancang ALLAH SWT jua yang menentukan segalanya. Abang masih ingat pertama kalinya kita berbual bicara di talian telefon sekitar bulan Mei 2011..segalanya diibaratkan dua orang bisu sedang berkomunikasi.....
Hari ini kau menjadi tunang ku, dan bakal bergelar isteri ku. Bakal mengisi ruang di lubuk hati ku menjadi ratu hidup ku selamanya. Pendamping kehidupan ini dan semoga jodoh kita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan kita bertemu di syurga dengan izin ALLAH SWT.
Terima kasih kerana menerima lamaran dan sudi menjadi suri untuk berkongsi segalanya dalam kehidupan ini kelak.
Terima kasih buat ibu ku yang tercinta atas segala tunjuk ajar, penat lelah, wang ringgit..segalanya dalam membesarkan anakanda yang nakal ini. Jasa mu akan di kenang sehingga ke akhir hayat ini. Tiada dua tiada lainnya...hanya lah satu kau lah ibu ku.
Lagu di atas khas aku titipkan buat bonda ku yang tersayang. Terima kasih kerana ada yang sudi membacanya. Catitan ini sekadar singkapan dihari tua kelak untuk aku mengenang perjalanan hidup yang lepas. Kita sebagai insan akan berubah dimamah usia. Namun jangan benarkan sejarah itu turut berubah. Semoga catitan ini menjadi wadah untuk aku dan isteri menyingkap kisah silam dihari tua kami kelak.........wassalam.
MUHAMMAD BIN MUSA
Kuala Lumpur, Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan