Jumaat, 25 Oktober 2013

IKHLAS..


Ya Allah,

Terkadang terasa hati ini terlalu jauh padaMu,
terasa hati ini begitu sukar mendekatimu,
terasa diri ini sukar menggapai rahmatmu,



Ya Allah,
aku amat takut,
takut tidak ikhlas keranaMU,
takut disisiMU aku dipandang hina,
Ya Allah aku takut,
Ibadahku tidak diterimaMu,
Ya Allah aku amat takut,
hitamnya hatiku ini....

harapanku janganlah kau pesongkan hatiku ini, melakukan sesuatu bukan kerana Mu, biarlah diriku dipandang hina oleh manusia, tapi aku tidak mahu diriku dipandang hina olehMu... 

Ya Allah terkadang aku ini putus asa,
aku cuma insan yang lemah Ya Allah,
lemah dalam mempertahankan hatiku,
terkadang aku amat sedih,
amat sedih, terlalu sukar untuk aku mempertahankan cintaMu,
terlalu sukar untuk aku melakukan sesuatu keranaMU,

Mengapa diri ini begini Ya Allah,
apakah aku terlalu banyak melakukan dosa,

Ya Allah aku berpegang dan aku percaya, rahmatMU melebihi murkaMU,

seandainya seorang hambaMU datang dengan dosa sepenuh awan di langit,
engkau tetap mengampuni mereka, engkau tetap mengasihi mereka,

Ya Allah hamba yang hina dan kerdil ini,
merayu agar diri ini sentiasa dalam jalan yang benar,
jalan yang diredhai olehMU,
cambahkanlah perasaan cinta hamba kepadaMU,
Biar hamba hilang sejuta cinta manusia, jangan hamba hilang satu cinta dariMU.....

amin... amin ya rabal alamin.....



Tiada ulasan: