Isnin, 7 Februari 2011

asal usul " mamat's & merak kayangan "

assalammualaikum

08/02/2011 bersaman 05 Rabiulawal 1432H hari Selasa. Di lembaran ini aku nukilkan bagaimana datangnya nama-nama pena aku ini. 

Pada awal aku mula menulis, kalau tak salah masa tu aku di tingkatan 4. Aku mengunakan nama mamat's. Mamat adalah nama yang biasa dipanggil bagi orang yang namanya macam aku dalam koneks zaman sekarang. Dengan adanya tambahan huruf " s " ianya mengambarkan seolah-olah banyak atau lebih dari satu. 

" mamat's " ini wujud ketika seorang kenalan gadis dimasa itu suka menulis nama-nama kami kawan-kawannya berakhirkan dengan huruf " s ". Makanya dari situlah aku melihat ada kelainan pada " mamat's " ini , kerana mamat satu kelaziman, tetapi tidak pada mamat's. Aku kira mamat's hanya diguna pakai oleh aku sahaja. 

Bermula dari situ aku menulis dengan nama pena " mamat's ". Tatkala itu keghairahan aku  memuncak untuk menggunakan perkataan yang bombastik. Mungkin tidak pernah buat dek orang lain, tetapi aku lebih suka membaca kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka yang setebal hampir 6inci itu daripada mentelaah buku-buku sekolah. 

Perkataan-perkataan seperti canggih, anggun, iltizam, kebobrokan, anjakan, asimilasi, santapan, kudapan dan banyak lagi kerap aku gunakan dalam karangan Bahasa Melayu semasa di sekolah. Lebih-lebih lagi tatkala itu idola atau ikon aku kerap menggunakan bahasa sebegini dalam pengucapan umumnya. Aku ini ketika itu agak teruja dengan idola ini iaitu Menteri Pelajaran Malaysia di ketika itu iaitu YB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Barangkali sahabat yang sezaman dengan aku merupakan produk keluaran Menteri Pelajaran Malaysia dimasa itu. 

Pertengahan aku tingkatan 4, guru bahasa aku menyarankan aku tukar nama kepada nama yang lebih ada unsur-unsur nilai estetika. Unsur yang seni dan abstrak. Ini kerana kalau dilihat banyaknya penulis besar ditanah air menggunakan nama pena mereka yang sedemikian rupa. Seperti tongkat warrant, keris mas dan ramai lagi. Disini aku jelaskan bukanlah aku hendak menletakkan aku sebaris dengan individu ini. Hasil penulisan mereka jauh lebih baik dari aku dan karya mereka terlalu banyak dan jauh bermutu.  Namun yang ingin aku jelaskan disini penggunaan nama pena / pojok yang lebih bersifat abstrak dan ada nilai-nilai komersial. Maka itu terciptalah " merak kayangan ".

Aku memilih merak kerana ianya seekor burung yang gagah, hebat dan indah penciptaan NYA. Biar pun ianya tidak boleh terbang, namun kekuatannya terletak pada sifat-sifatnya yang lain. Yang jantannya memiliki ekor yang cantik. Tatkala tiba waktu mengawan ia akan mengembangkan ekornya dengan angkuh untuk diperagakan kecantikannya kepada si betina. Bukankah itu fitrah semulajadi kehidupan? Setiap kita, manusia ini suka kepada sesuatu yang cantik dan indah. Soal bagaimana cantik itu ditafsir, ianya bergantung pada pandangan mata masing-masing. Akan tetapi setiap kita akan terpesona tatkala mata memandang sesuatu yang cantik dan indah pada pandangan mata kita. Betapa hebat anugerah ALLAH SWT ini. Mata, satu organ yang kecil, namun boleh menerima kemasukkan objek sebesar bulan purnama yang mengambang di langit. Betapa hebatnya Mu Ya ALLAH.
Satu tabii semula jadi juga kepada jantan yang suka menunjuk atau beraksi ketika dihadapan betina idamannya. Itulah juga sifat semulajadi naluri yang ada pada setiap lelaki. Macam kata Tan Sri P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang..." yang mana satu itik betina dan yang mana satu itik jantan " jawabnya " yang di depan itulah itik betina dan yang dibelakang itulah itik jantan .....sebabnya telah menjadi kitaran kehidupan setiap jantan akan mengekori si betina dari belakang....."

Kayangan pula adalah merupakan satu kawasan yang digambarkan dalam khayalan kita sebuah taman yang indah, nyaman dan permai. Ini juga satu tuntutan fitrah manusia. Kita memerlukan ketenangan dalam kehidupan ini. Tidak ada manusia yang suka hidup dalam hiruk pikuk atau kesemakkan keadaan persekitarannya. Bila kita inginkan satu ketenangan makanya kita akan mengasingkan diri mencari kedamaian. Maka itu terciptalah satu kawasan sebagai kayangan bagi kita sendiri. Atas kerana faktor itulah terzahirlah " merak kayangan ". 

Selepas tamat persekolahan, aku menulis pada makalah terbitan DBKL Buletin Perumahan Awam (1998 - 1999). Adalah sekali dua artikel aku diterbitkan mengisahkan catatan perjalanan  anak rumah pangsa di kota besar Kuala Lumpur. Selepas makalah ini diberhentikan oleh DBKL aku tidak lagi menulis secara aktif. Namun banyak catitan aku disimpan dalam email aku sendiri.

Atas dorongan sahabat mencadangkan aku membuka blog. Maka itu lahirlah kini blog Merak Kayangan. Diharap ianya dapat menjadi satu platform untuk aku terus menukilkan apa jua luahan hati atau pandangan peribadi berkenaan apa juga. Samaada untuk mengkritik sosial, ketidak adilan dalam sistem politik atau apa juga akan aku tintakan dari masa ke semasa nanti. Insyaallah. Biar jari menaip menzahirkan apa yang terbuku di fikiran dan hati.

Aku nukilkan sepotong hadis Rasullullah SAW yang telah diriwatkan oleh Abdullah Bin Amru Bin Al-As RA :
...seseorang telah bertanya kepada Rasullullah SAW : apakah sifat seorang Islam yang paling baik? Baginda SAW bersabda " seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya "

 HATI-HATI PERKATAAN BOLEH MENJADI SETAJAM PISAU (CAKAP ATAU TULIS)

Akhir sekali aku abadikan disini lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul Merak Kayangan.
...dia umpama merak kayangan;
rupanya cantik warna kilauan;
sehelai bulu laksana berlian;
segak dan gayanya membikin hati ku tertawan...


Sekian untuk kali ini. Yang baik itu dari NYA. Setiap yang lahir ini adalah anugerahnya buat aku. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku peluang dan ruang. Syukran jazilan. wassalam.

mamat's

Tiada ulasan: