Ahad, 6 Februari 2011

Permulaannya sebuah catitan perjalanan " Merak Kayangan "

Assalammualaikum

04 Rabiulawal 1432H bersamaan 07 Februari 2011 hari Isnin blog rasmi aku diwujudkan. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH SWT atas kurniaan dan kesempatan yang diberikan NYA untuk aku berkarya. Kepada semua sahabat rakan kenalan yang mengenali, aku mendambakan sebarang komen, pandangan atau teguran untuk penambahbaikan pada blog ini. Terima kasih aku ucapkan. 

Tat kala ini hati sedang bercampur rasa....gembira kerana blog ini dapat direka cipta setelah sekian lama aku mencuba. Namun jauh disudut hati sekarang ini agak keresahan kerana sudah hampir beberapa hari tiada khabar berita....

Aku  memilih nama Merak Kayangan ini kerana ianya begitu sinonim dengan aku dalam penulisan. Sejak aku di tingkatan 4 lagi aku telah mula menggunakan nama ini. Ianya mengambar sebuah keindahan alam. Sejenis burung yang cantik. Burung jantannya ada ketika begitu  begitu angkuh ketika hendak mengawan. Mengembangkan ekornya menunjuk nunjuk betapa kecantikan yang ia miliki kurniaan Yang Maha Pencipta. Itu juga salah satu sifat pada lelaki.  Secara tabiinya akan menunjuk pada seseorang wanita apabila hatinya mula bertaut.

Bukankan itu fitrah. Manusia sukakan kecantikan. Soal bagaimana yang ditafsirkan cantik itu berbeda setiap kita. Tetapi pokok persoalannya, setiap kita akan pasti terpesona tatkala mata memandang sesuatu keindahan alam itu. Maka terciptalah " Merak Kayangan ".

Di akhir catitan pertama aku ini, aku abadikan sebuah lagu nyanyian Razzi Rahman bertajuk Ke Dasar Cinta Mu.

Antara bait lirik lagunya... "kita melihat dunia, dimensi yang sama" itulah kita manusia, akan melihat dunia dari sudut pandangan yang sama, namun setiap kita akan memberikan tafsiran yang berbeda. Aku pasti setiap yang melihat blog aku ini akan memberi pandangan persepsi masing-masing. Aku terima dengan hati yang terbuka. Kerana setidaknya ada juga yang sudi membacanya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari NYA Yang Maha Besar ; yang tidak baik itu datangnya dari aku, hamba NYA yang hina . Terima kasih. Syukran jazilan. 

mamat's

2 ulasan:

AMAT berkata...

tahniah. teruskan usaha anda

Amran b.Md Yusof berkata...

hmmm...selamat berusaha....pulatas